Wednesday 24 August 2011

Kunjungan Sillaturrahim K.H Hasan Abdullah Sahal, Pimpinan Pondok Modern Gontor Darussalam


Subhanallah, begitu teruja sekali selepas mendengar khabar kunjungan yang akan dilakukan oleh rombongan daripada Pondok Modern Gontor Darussalam (PMDG) , Indonesia. Khabar ini telah diterima langsung terus daripada Ustaz Cecep Mustopa K. Islan, Pengerusi Yayasan Al-Falah lebih kurang 3 minggu sebelum kunjungan tersebut berlangsung.Rombongan tersebut dikhabarkan akan menjelajah ke Sabah termasuklah Kota Kinabalu dan Tawau.

Namun, hanya seorang daripada pimpinan PMDG yang telah berkunjung ke Tawau, iaitu K.H Hasan Abdullah Sahal pada 8 Mei 2011. Kehadiran beliau disambut dengan mesra oleh Pimpinan Yayasan Al-Falah. Beliau juga merupakan teman sekolah kepada Ustaz Mohd Tahrir  semasa di PMDG  dan beliau juga adalah guru kepada Ustaz Cecep Mustopa di PMDG pada ketika itu. Alumni PMDG dan Ahlijawatankuasa Yayasan Al-Falah adalah antara tetamu yang turut serta menghadiri kunjungan sillaturrahim tersebut.

“Mengapakah terdetik di hati K.H Hasan Abdullah Sahal untuk berkunjung ke tawau?” begitulah persoalan yang sering bermain di fikiran. Sebenarnya, tidak ada sebab yang besar untuk beliau berkunjung ke tawau, melainkan hatinya tergerak dan teringin untuk melihat sendiri perkembangan dakwah yang dikelola oleh sahabat-sahabatnya dan Alumni PMDG serta AJK Yayasan Al-Falah di Tawau. Alhamdulillah, SAR Al-Falah menjadi medium sahabat-sahabatnya dan Alumni PMDG untuk perkembangan dakwah di daerah Tawau.

Setibanya K.H Hasan Abdullah Sahal bersama isteri di Tawau Airport.

Terubat rindu antara dua orang sahabat.

“Ini adalah sahabat saya sewaktu di Gontor dulu” begitulah kata-kata yang diucapkan kepada sahabatnya,Ustaz Mohd. Tahrir.





Tiada kata yang mampu di lafaz apabila guru sendiri telah datang dan menjejakkan kaki ke Al-Falah  melainkan rasa terharu dan syukur kepada Ilahi yang berkuasa keatas sesuatu.


Gambar K.H Hasan Abdullah Sahal bersama Wali Alumni PMDG dan Kumpulan Selawat Al-Falah.

K.H Hasan Abdullah Sahal bersama keluarga Al-Falah.



Pelukan terakhir sebelum kembali semula ke Hotel Promenade.

Semoga perjuangan ini terus memancar  sehingga ke akhir zaman.
*Untuk mengenal Pondok Modern Gontor Darussalam (PMDG), Indonesia dengan lebih dekat lagi, sila kunjungi laman ini : GONTOR